My Add

Tuesday, 21 May 2013

Malaysia catat pelaburan RM49.3 bilion tempoh tiga bulan tahun ini: MIDA

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Mei, 2013: Malaysia mencatatkan pelaburan berjumlah RM49.3 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin, berkata prestasi baik itu menggambarkan bahawa Malaysia kompetitif sebagai lokasi pilihan untuk pelaburan di wilayah ini.

"Apa yang lebih menggalakkan ialah, pelaburan yang diluluskan itu ialah pelaburan berkualiti dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - BH 

No comments:

Post a Comment