Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
JOHOR BAHRU, ISNIN, 20 Mei, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan dua cubaan menyeludup rokok kretek pelbagai jenis bernilai RM870,000 masuk ke negara ini melalui Sungai Pulai dan Sungai Benut.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, cubaan menyeludup rokok kretek ke negara ini menggunakan bot pancung melalui dua perairan itu berlaku pada Khamis lalu dan semalam.
Menurut beliau, kedua-dua bot pancung itu ditahan oleh bot Maritim Malaysia yang melakukan rondaan masing-masing pada pukul 3.40 pagi dan 9 malam ketika berada dalam keadaan mencurigakan.
"Pasukan peronda mengesan bot pancung itu bergerak laju memasuki negara ini dan menuju ke arah darat sebelum ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment