My Add

Monday, 20 May 2013

Najib kagum semangat Faiq Adnan rentas selat P. Pinang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Mei, 2013: 20 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa kagum di atas semangat dan keberanian perenang atlet Paralimpik, Faiq Adnan, 23, yang berjaya berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer semalam.

Perdana Menteri dalam tweet terbaharunya turut mengucapkan tahniah kepada Faiq yang cacat penglihatan sejak lahir tetapi mampu berenang melawan ombak.

"Kagum dengan semangat Faiq Adnan yang cacat penglihatan tapi mampu berenang merentasi Selat Pulau Pinang. Tahniah Faiq, anda adalah inspirasi kami 1Malaysia," katanya dalam tweet beliau hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui akaun twitter beliau hari ini berkata, kejayaan Faiq merupakan contoh terbaik bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh.

"Tahniah kepada Faiq Adnan yang merentasi Selat Pulau Pinang. Contoh terbaik yang kita mampu lakukan segalanya jika kita berusaha bersungguh-sungguh," katanya.

Faiq, pelajar tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya (UM) memulakan cabaran di jeti Swettenham pada 9 pagi semalam dan menamatkan renangan selama dua jam 20 minit dan 30 saat sebaik tiba di Pantai Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.

Untuk cabaran seterusnya, Faiq berkata beliau berazam merentasi Selat Inggeris pada awal tahun 2015. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment