Nor Mohamed Yakcop Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Mei, 2013 Khazanah Nasional Bhd. mengumumkan pelantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Timbalan Pengerusinya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.
Pelantikan Nor Mohamed dicalonkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi Khazanah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Beliau juga akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah.
Nor Mohamed menyertai Lembaga Pengarah Khazanah pada 12 Nov, 2002.
Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment