My Add

Thursday, 23 May 2013

Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Untung pracukai Petronas Dagangan Bhd (PDB) susut 3.7 peratus kepada RM326.969 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2013 daripada RM339.686 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Penyusutan itu adalah berikutan harga Means of Platts Singapore yang lebih rendah yang menjejaskan keseluruhan industri, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM7.619 bilion daripada RM6.853 bilion sebelum ini, kebanyakannya berikutan peningkatan 12.3 peratus dalam volum jualan.

Bahagian perniagaan runcit PDB melihat peningkatan keseluruhan sebanyak 5.9 peratus bagi volum jualan mogas dan dieselnya, sementara bahagian perniagaan komersil mencatatkan perolehan jualan yang lebih tinggi didorong penjualan yang lebih tinggi dalam segmen penerbangan dan minyak. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment