Ongkili mahu tangani isu air Selangor
PUTRAJAYA, ISNIN, 20 Mei, 2013: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang baharu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata isu air di Selangor yang masih tertangguh akan menjadi antara fokusnya sebagai menteri.
Katanya, beliau komited meningkatkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu dan menyelesaikan isu-isu tertunggak sebelum ini, termasuk isu air di Selangor.
Selain itu, katanya, beliau juga akan beusaha mencari penyelesaian kepada masalah utiliti di sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak.
"Saya dapat meneliti senarai KPI kementerian... memang begitu mencabar, dan sudah banyak pencapaian dicapai," katanya semasa majlis serah terima tugas antara bekas Menteri Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan beliau di kementerian di sini, hari ini.
Terdahulu, Chin yang merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam ucapannya, berkata beliau yakin Ongkili dapat meneraju kementerian dengan pencapaian yang lebih tinggi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment