Pas parti murahan - Syamsul
KOTA BHARU, SELASA, 30 April, 2013: Pas disifat parti murahan apabila terus mempertahankan keputusannya untuk bekerjasama dengan DAP meskipun parti berkenaan dilaporkan secara terang meminta pengundi bukan Islam menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Ahli Jawatankuasa Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, ini satu bentuk sabotaj menunjukkan DAP selama ini sebenarnya menjadikan Pas sebagai alat perjuangan mereka.
Ini merupakan satu iktibar ataupun pengajaran yang perlu diambil oleh Pas untuk bertindak keluar dari pakatan pembangkang.
Dan ini juga membuktikan DAP konsisten dengan prinsipnya. Sabotaj ini satu manifestasi bahawa dalam diam DAP ingin menolak Pas setelah wujud percanggahan dengan pendirian DAP yang konsisten menolak Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai peraih undi DAP di beberapa negeri difahamkan sedang giat menggerakkan sentimen mempengaruhi pengundi bukan Islam supaya menolak calon Pas dalam PRU-13.
Mereka dikatakan menyebarkan sentimen bahawa satu undi kepada Pas membawa negara menuju ke arah penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud Pas.
Laporan tersebut menyebut, walaupun status negara Islam tidak semestinya bermakna penduduk bukan Islam ditindas, namun peraih undi DAP berperanan menimbulkan ketakutan terhadap masyarakat bukan Islam tentang istilah negara Islam dan hudud. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment