
Beliau mendakwa, pendedahan yang dibuat oleh calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sengaja mereka cerita mengenai pemilikan tanah tersebut bagi mengaburi mata rakyat.
Saya kata kalau ia 100 peratus hak saya, saya akan beri saja tanah ini pada dia (Ibrahim), saya hanya pemegang amanah sahaja, dia tahu tetapi dia buat bodoh sebab nak kaburi rakyat.
Pejabat Pas Kelantan ini juga nama saya, kalau saya jual dapat beratus juta, semua pejabat Pas nama saya dengan tiga orang lagi, kami hanya pemegang amanah tetapi orang jenis syaitan dia tahu nabi pun lawan, usahkan Nik Aziz.
Orang jenis syaitan ini malaikat pun dia lawan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pemasangan Kabel Gentian Optik di Kawasan Kota Bharu dan kawasan-kawasan lain di Kelantan di Loji Air Kampung Puteh di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ibrahim bahawa beliau memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.
Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya status tanah itu yang kini merupakan tanah pertanian ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dibeli oleh perbadanan tersebut secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.
Tanah itu sendiri di kawasan Perbadanan Bandar Baru Tunjong yang dimiliki oleh PMBK, jadi pada tahun 2007, PMBK membeli tanah itu dari orang perseorangan untuk pembangunan bandar baru.
Pembelian itu melibatkan dua keadaan, pertama, tuan tanah itu mahukan duit cepat dan kedua, pelabur sedang menanti untuk memiliki tanah ini, jadi apa yang dibuat oleh PMBK kerana PMBK bukanlah didefinasikan sebagai Melayu dalam Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930, jadi kena masuk Exco melibatkan enam bulan atau setahun baru lulus.
Tetapi disebabkan hendak cepat, PMBK buat keputusan resolusi menamakan pengerusinya iaitu Nik Abdul Aziz sebagai pemegang amanah kepada PMBK," katanya.
Menurut beliau, pada masa sama, satu perjanjian iaitu Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dibuat antara PMBK dengan Nik Abdul Aziz dan ia kekal sehingga hari ini.
Tambahnya, PMBK mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan Nik Abdul Aziz memindahkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa.
Tanah ini sebahagiannya sudah dipindah milik, Mydin (Bandar Baru Tunjong) dulu pun atas nama Nik Abdul Aziz dulu tetapi sudah dipindah milik.
Rizab Melayu kena masuk exco daripada tuan punya hendak pindah milik kena kalau masuk Exco melibatkan masa enam bulan sehingga setahun, kita nak percepatkan letak nama pemegang amanah dan ini bukan benda baru, bila ada pelabur, PMBK arah tukar nama," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment