Oleh FAIRUS KASSIM
KUALA LUMPUR, RABU, 22 Mei, 2013: Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM3 bilion tahun ini dengan sebahagian besarnya untuk kegunaan projek kilang baja urea ammonia Sabah (Samur).
Pengerusinya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, projek itu kini sedang memasuki fasa pembinaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan projek telah disiapkan.
"Projek Samur yang bernilai RM4.6 bilion itu mempunyai kapasiti pengeluaran baja urea sebanyak 1.2 juta tan metrik setahun.
"Ketika ini, kami telah melatih pekerja untuk kilang berkenaan dengan mengutamakan penduduk dari Sabah sebagai persediaan untuk beroperasi menjelang 2015," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan PCG, di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Dr. Abd. Hapiz Abdullah dan Ketua Pegawai Kewangan PCG, Wan Shamilah Wan Muhammad Saidi.
Sementara itu mengulas mengenai projek lain, beliau berkata, projek terbaharu adalah pembinaan kompleks ramuan minyak aroma bersepadu bernilai RM1.5 bilion di Gebeng, Kuantan Pahang dengan kerjasama BASF.
"Keputusan penuh pelaburan (FID) projek berkenaan akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini," jelasnya.
Projek yang bakal diterima adalah daripada Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Rapid di Pengerang, Johor bernilai AS$20 bilion (RM50.43 bilion) yang dibangunkan oleh Petronas walaupun setakat ini pihak PCG belum terlibat secara langsung dengan projek itu.
Ditanya mengenai prestasi kewangan PCG tahun ini selepas mencatat penurunan keuntungan tahun lalu, Dr. Abd Hapiz berkata, PCG menjangkakan prestasi tahun ini akan kekal seperti tahun lalu.
Katanya, tahun lalu, PCG telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM490 juta untuk menghentikan perniagaan vynil dan dijangka selesai sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini.
"Kesan tersebut akan memberi impak kepada prestasi kewangan tahun ini, namun bakal diimbangi dengan penurunan harga komoditi berbanding tahun lalu.
PCG ketika ini memiliki bagi tawaran awam permulaan (IPO) bernilai RM3 bilion yang belum digunakan dan perlu diselesaikan sebelum akhir 2015.
Menurut PCG, dana berkenaan akan digunakan untuk pelaburan pertumbuhan masa depan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment