My Add

Sunday, 19 May 2013

Perluaskan URB di pinggir dan luar bandar - Lam Thye

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN, AHAD, 19 Mei, 2013: Kerajaan diminta memperluaskan operasi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke kawasan pinggir dan luar bandar bagi mencegah kegiatan jenayah supaya dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sejak unit itu dilancarkan tahun lalu, kadar jenayah di kawasan bandar termasuk di taman perumahan menunjukkan penurunan ketara.

Tambah beliau, peluasan operasi tersebut di pinggir dan luar bandar dilihat mampu meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersungguh dalam menangani jenayah di kawasan terbabit.

"Bagi melaksanakannya, kerajaan dan PDRM perlu menambah bilangan motosikal serta anggota dalam melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Langkah itu mampu mengekang kegiatan jenayah sekali gus memberi jaminan kepada orang awam bahawa tahap keselamatan mereka terjamin," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment