Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan ROSMIZAN RESDI
KOTA BHARU, SELASA, 30 April, 2013: Pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya hanya berselindung di sebalik penampilan yang zuhud tetapi hakikatnya mereka juga mempunyai keinginan untuk mengumpul harta dan kekayaan peribadi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penampilan miskin yang ditunjukkan pemimpin Pas sebenarnya hanya untuk meraih sokongan pengundi atas dasar simpati.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak lagi tertipu dengan penampilan zuhud pemimpin Pas sebaliknya perlu memilih pemimpin yang mampu membela rakyat dan melakukan amanah.
"Kita dengar pemimpin Pas ini semuanya zuhud, miskin, pakai kereta wira (Proton Wira), Myvi (Perodua Myvi) tetapi kita tidak tahu sebenarnya pemimpin-pemimpin Pas ini tidak kurang hebatnya.
"Mereka ada kereta Mercedez, harta banyak jadi saya harap rakyat buat penilaian adakah pemimpin-pemimpin Pas ini berjuang semata-mata untuk rakyat atau ada lagi tujuan-tujuan lain selain rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Seminar Keibubapaan dan Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan Padang Mokan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment