My Add

Wednesday, 1 May 2013

PRU-13: Siswa4U adakan program pecutan terakhir bantu BN

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 April, 2013: Sukarelawan mahasiswa universiti tempatan, Siswa4U, akan mengadakan tiga program 'pecutan terakhir' untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Pengerusi Siswa4U, Hafiz Ariffin berkata, program berkenaan termasuk rali pidato, solat hajat dan juga forum di tiga lokasi iaitu di Pekan, Kuantan; Putrajaya dan di Kelantan.

"Melalui program ini kami akan turun ke padang untuk memberi penerangan kepada anak-anak muda serta menangkis segala tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang terhadap BN.

"Diharapkan melalui program ini akan menyedarkan golongan muda sekaligus membantu calon-calon BN memperoleh undi daripada golongan terbabit," katanya di sini hari ini.

Menurut Hafiz, selepas proses penamaan calon yang diadakan tempoh hari, lebih 1,500 sukarelawan Siswa4U yang merupakan mahasiswa universiti tempatan telah turun ke padang memberi penerangan kepada golongan muda terutama di Putrajaya, Gelang Patah, Kelantan, Ampang dan Gombak.

"Kebanyakan daripada mereka gusar jika berlaku peralihan kuasa di beberapa negeri namun selepas diterangkan mengenai kemampuan BN akhirnya mereka nampak lega," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment