My Add

Wednesday, 1 May 2013

PRU-13: SPR puas hati proses undian awal

KUALA TERENGGANU, SELASA, 30 April, 2013: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berpuas hati dengan proses undian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung serentak hari ini mulai pukul 8 pagi tadi.

Beliau yang ditemui ketika melawat pusat pengundian awal di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai Seberang Takir di sini berharap proses pengundian tersebut akan berjalan lancar sehingga pukul 7 petang ini.

Pada sesi lawatan tersebut, beliau sempat bermesra dengan sebahagian daripada 748 pengundi di kem tersebut yang terdiri daripada anggota tentera serta pasangan masing-masing. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment