Oleh AZMAN IBRAHIM
TINGGAL empat hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membuang undi dan memilih kerajaan memerintah.
Dalam tempoh yang singkat itu, sebanyak 13.3 juta pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi mempunyai masa dan peluang sebaik-baiknya untuk menetapkan siapa calon yang dipilih dan parti mana yang akan memerintah negara ini.
Adakah para pengundi sudah membuat pilihan yang betul dan ingin mengekalkan kerajaan pemerintah sedia ada atau memperjudikan nasib agama, bangsa dan negara dengan bereksperimen memilih kerajaan baharu yang terpalit dengan 1,001 masalah.
Dalam tempoh ini, para pengundi perlu mengenang dan menilai kembali jasa-jasa dan wawasan kerajaan pemerintah terdahulu di dalam pelbagai sektor.
Bukan berniat untuk memancing undi, namun para pengundi perlu melihat aspek menyeluruh termasuk rekod pengalaman memerintah kerajaan terdahulu berbanding kerajaan baharu yang hanya menawarkan resume pemerintahan yang bukan janji dan tidak meyakinkan.
Melihat rakan-rakan dalam kelompok kakitangan awam yang terang-terangan menyokong parti pembangkang di media sosial seperti Facebook dan twitter, membuatkan penulis tersenyum sendiri.
Segelintir rakan-rakan penulis yang bekerja sebagai guru, pekerja bank berkaitan kerajaan dan pelbagai sektor lain bagaikan tidak sedar bahawa mereka sejak sekian lama telah masyhur dan makmur dengan makan gaji daripada kerajaan.
Bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah perumpamaan Melayu yang tepat dapat diberikan kepada golongan ini.
Natijahnya, pakatan pembangkang belum tentu dapat menjanjikan tawaran yang baik untuk kakitangan kerajaan sekiranya mereka memerintah, sebaliknya mengundang malapetaka.
Malah, belum lagi berkuasa, parti DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan jabatan kerajaan.
Ini bermakna, jika pakatan pembangkang yang dipilih, maka ramailah yang kakitangan awam kehilangan pekerjaan mereka.
Adakah ini yang diinginkan oleh penjawat awam terutama mereka yang menikmati kemudahan lima bintang di Putrajaya, yang begitu taksub dengan janji-janji manis pembangkang?
Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua di dalam akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily bertarikh 1 November 2011 pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun dan akan dikurangkan mengikut peringkat.
Malah, Tony turut menyarankan kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk mengambil contoh cara yang digunakan di negeri China.
Di China, bagi mengurangkan kakitangan awam yang berlebihan, terdapat satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.
Ini menunjukkan perencanaan awal DAP terhadap kakitangan kerajaan selepas memerintah negara dan hal itu amat menakutkan.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak ketika menjawab isu ini berkata, sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh menyatakan sokongan kepada mana-mana parti secara terang-terangan.
Katanya, kakitangan kerajaan telah terikat dengan Akta 605 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Walaupun hak mengundi adalah hak individ, namun, sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh menyatakan sokongan secara terang-terangan, katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamed Mustafa menambah, hal itu berbeza dengan peranan ahli akademik yang perlu mengamalkan dasar tidak berpihak dalam menjalankan kajian politik.
Sebagai kesimpulannya, para pengundi terutamanya kakitangan awam perlu membuat pilihan bijak pada 5 Mei ini.
Jangan jadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai satu pertaruhan yang hanya mendatangkan kerugian kepada diri sendiri dan juga kepada generasi anak bangsa. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment