My Add

Sunday, 2 June 2013

14 maut puting beliung landa Oklahoma, Missouri

CHICAGO, AHAD, 02 Jun, 2013: Angka korban puting beliung yang melanda Oklahoma dan negeri jirannya kini meningkat kepada 14 orang, iaitu dua minggu selepas puting beliung kuat melanda kawasan sama.

Pejabat Pemeriksa Perubatan Oklahoma mengumumkan sebelas orang maut termasuk dua kanak-kanak.

Sementara itu, pihak berkuasa Missouri melaporkan tiga nyawa terkorban selepas kawasan berkenaan dilanda ribut petir dan banjir kilat.

Pegawai berkata, puting beliung yang melanda lewat kelmarin berdekatan Oklahoma City turut mencederakan puluhan penduduk.

Laman web akhbar The Oklahoman melaporkan, sekurang-kurangnya 87 orang kini menerima rawatan di hospital.

Laporan itu menyebut, puting beliung yang melanda Oklahoma City berkekuatan angin sehingga 145 kilometer sejam dengan turut membawa hujan lebat. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment