My Add

Sunday, 2 June 2013

Resolusi MCA tak terima jawatan makan diri - Tiong Lai

Oleh ALI MAHMOOD

BENTONG, AHAD, 02 Jun, 2013; Langkah MCA yang tidak akan menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri jika tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu telah memakan diri parti tersebut.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, resolusi itu sebenarnya bertujuan memberi motivasi kepada para pemimpin dan ahli parti berkenaan supaya bekerja keras memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum tersebut.

"Tujuan kita buat resolusi itu untuk memberi motivasi kepada pemimpin dan ahli parti supaya bekerja keras memenangi lebih banyak kerusi tetapi tidak sangka keputusan pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.

"Jadi kita tunggu apa keputusan parti selepas mengadakan mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Bagi pihak parti, saya amat menghargai Perdana Menteri kerana masih memberikan tempat untuk MCA menyertai Kabinet apabila portfolio dikhaskan untuk parti itu kini dipangku buat sementara waktu,'' katanya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment