3 maut kemalangan libatkan kenderaan bawa suspek kes curi
JOHOR BAHRU, AHAD, 02 Jun, 2013: Tiga terbunuh termasuk seorang anggota polis sukarelawan berpangkat konstabel apabila pacuan empat roda yang membawa empat suspek kes curi bertembung dengan dua kenderaan lain di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Senai di sini semalam.
Kejadian berlaku pukul 7.40 malam apabila kenderaan Land Rover yang dinaiki empat anggota polis dalam perjalanan pulang membawa empat suspek kes curi di sebuah pasar raya di Senai ke Balai Polis Senai di sini.
Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas dan Proton Iswara.
Ketiga-tiga mangsa iaitu anggota polis sukarelawan, Mohd. Amir Fairuz Mohd. Sobri, 21; suspek, M. Marimuthu, 38, dan pemandu kereta Proton Iswara yang juga seorang warga Indonesia bertaraf Pemastautin Tetap, Rosdi Tukio, 48, meninggal dunia di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment