Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN, AHAD, 02 Jun, 2013: Sebanyak 25 motosikal dan 28 kereta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Jalan Rahang di sini malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, dalam operasi dari pukul 5 petang hingga 10 malam itu, 204 saman dikeluarkan dan 60 notis arah periksa kepada pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan.
"Kebanyakan kesalahan adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada pelindungan insurans," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu malam tadi.
Saiful Azzri memberitahu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut serta dalam operasi itu turut menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 40 kerana positif dadah jenis methamphetamine dan morfin. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment