Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
KUCHING, AHAD, 02 Jun, 2013: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengecewakan rakyat yang memberikan sokong malah akan membalasnya dengan program dan pelan pembangunan yang memberi manfaat kepada semua peringkat masyarakat.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, rakyat negeri ini juga bertuah kerana memiliki pemimpin seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mempunyai kebolehan dan mampu memahami denyut nadi rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berdepan kesulitan.
"Kerajaan komited untuk meningkatkan pendapatan rakyat di pedalaman, justeru rakyat mestilah mempertahankan keamanan dan keharmonian bagi membolehkan ia dilaksanakan.
"Kita mempunyai lapan tahun lagi untuk tiba ke tahun 2020 dan rakyat mestilah bekerja keras memberi pendidikan kepada anak-anak dan cucu sebagai persediaan," katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment