Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN, AHAD, 02 Jun, 2013: Barisan Nasional (BN) negeri akan memfailkan petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Telok Kemang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan BN negeri esok.
"Terpulanglah kepada keputusan mesyuarat. Jika semuabersetuju kita akan failkan petisyen tersebut di Mahkamah Tinggi dalam waktu terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin Peserta Kursus Haji bagi Kariah Masjid Bandar Baru Senawang di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment