Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
KUCHING, AHAD, 02 Jun, 2013: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman kerana terus menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, ia menggambarkan sokongan padu rakyat negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara.
Katanya, ia juga petunjuk rakyat negeri ini bersatu, stabil dan memahami lebih banyak peruntukan akan disalurkan Kerajaan Pusat bagi merintis pembangunan yang menyeluruh untuk manfaat mereka.
"Di Sarawak, pada setiap tahun kerajaan BN memperuntukkan 70 peratus daripada keseluruhan belanjawan khusus untuk meluaskan program pembangunan demi manfaat rakyat khasnya di kawasan pedalaman.
"Objektif program pembangunan ini adalah untuk meningkatkan tahap ekonomi sekaligus menghapuskan kemiskinan di kawasan berkenaan," katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment