My Add

Monday, 23 September 2013

2 lelaki dikehendaki polis, antara 8 ditahan di Jerantut

KUANTAN, ISNIN, 23 September, 2013: Dua lelaki yang amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes jenayah dan dadah ditahan dalam serbuan di premis hiburan di bandar Jerantut awal hari ini.

Mereka adalah antara tujuh lelaki dan seorang wanita yang ditahan dalam Ops Cantas Khas dan Ops Noda di dua premis hiburan di daerah itu pada pukul 2 pagi.

Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Supritendan Azlihan Ishak berkata, kesemua yang ditahan dalam Ops Cantas Khas dan Ops Noda itu berumur dalam lingkungan 30 hingga 40-an.

"Wanita yang ditahan itu ialah warganegara China manakala seorang daripada lelaki yang ditahan ialah warganegara Bangladesh. Mereka ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang sah dan beroperasi sejak beberapa bulan lalu tetapi melakukan kesalahan kerana menjalankan perniagaan melebihi masa dibenarkan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment