My Add

Monday, 23 September 2013

6 bot pukat tunda, 36 nelayan Thai ditahan menceroboh

Oleh RADHUAN HUSSAIN

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 23 September, 2013: Jabatan Perikanan negeri menahan 36 nelayan Thailand bersama enam buah bot pukat tunda kerana menceroboh dan melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negeri ini malam tadi.

Pengarah Perikanan negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, kesemua nelayan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 12 tengah malam tadi, kira-kira enam batu nautika (11 kilometer) dari Pulau Kapas, Marang.

Beliau memberitahu, dalam operasi dua jam bermula kira-kira pukul 10 malam itu, seorang tekong dari Selangor turut ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan sewaktu menangkap ikan di kawasan pantai berkenaan dan hasil siasatan, ada antara mereka pernah melakukan perbuatan serupa sebelum ini.

"Operasi ini dibuat setelah menerima aduan nelayan tempatan yang mendakwa pencerobohan dan aktiviti menangkap ikan oleh warga asing menggunakan bot pukat tunda itu semakin menjejaskan pendapatan mereka.

"Kita telah menerima banyak aduan daripada nelayan tempatan berhubung kegiatan itu dan tinjauan dibuat sejak beberapa hari lalu," katanya dalam sidang akhbar mengenai penahanan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment