Amerika Syarikat adakan perjumpaan bincang isu Syria
WASHINGTON, AHAD, 01 September, 2013: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel dan beberapa pegawai kanan keselamatan AS mengadakan perbincangan tentang Syria semalam, dengan turut diadakan perjumpaan Senat Demokratik serta Persidangan Senat Republikan.
``Perjumpaan sulit itu merupakan sebahagian daripada perundingan pentadbiran berhubung rejim Assad menggunakan senjata kimia di Syria pada 21 Ogos lalu, kata seorang pegawai White House.
Pengarah Perisikan Nasional, James Clapper, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice dan Laksamana James Winnefeld turut mengambil bahagian dalam perjumpaan itu. -REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment