Polis Thailand berkas penjenayah dikehendaki India
BANGKOK, AHAD, 01 September, 2013: Pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki Thailand yang begitu dikehendaki oleh kerajaan India kerana didakwa terlibat dalam transaksi jual beli senjata api dengan kumpulan pemberontak India bernilai hampir AS$2 juta (RM6.6 juta).
Wuthikorn Naruenartwanich, 57, juga dikenali sebagai Willy dituduh membeli senjata termasuklah hampir 1,000 rifles, roket dan bom tangan untuk dijualkan kepada pemberontak Naga di timur laut India.
Kolonel Charoen Sisasalak berkata, suspek ditahan pada hari Jumaat lalu di rumahnya di Bangkok. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment