My Add

Sunday 1 September 2013

AS tak mahu bagi muka

WASHINGTON , SABTU,31 Ogos, 2013: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam mengisytiharkan bahawa masyarakat antarabangsa gagal mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria berhubung penggunaan senjata kimia, keadaan yang akan memberi 'muka' kepada Iran dan pergerakan Hezbollah.

Beliau berkata, tindakan itu melangkaui had sempadan Syria.

''Ia sama ada Iran yang turut bakal menjadi mangsa serangan senjata kimia, kini berasa berani kerana ketiadaan tindakan (ke atas Syria), untuk membina senjata nuklear.

''Ia juga tentang Hezbollah dan semua kumpulan pengganas yang mungkin menggunakan senjata pemusnah besar- besaran,'' katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Kerry itu meningkatkan kemungkinan AS melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria.

Dalam pada itu, seorang pegawai pertahanan AS menyatakan kapal perang keenam kini beroperasi di timur Laut Mediterranean berdekatan lima kapal pemusnah AS yang akan terbabit dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama dan rakan sejawatannya dari Perancis, Francois Hollande yakin kerajaan Syria menggunakan senjata kimia dalam serangan di luar Damsyik pada minggu lepas.

Pembantu Hollande yang enggan identitinya didedahkan berkata, kedua-dua pemimpin negara itu berkongsi kepastian yang sama berhubung serangan senjata kimia tersebut dan kerajaan Syria bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

''Hollande mengulangi keinginan Perancis untuk menghukum penjenayah dan menyokong keputusan Obama,'' kata pembantu itu.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin negara itu berbual selama 45 minit dan menilai serangan kimia dan bukti serangan itu dilancarkan oleh tentera pimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad. - AFP/Reuters/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment