My Add

Sunday 1 September 2013

Kerajaan Tunisia kemuka cadangan kompromi

TUNIS, SABTU, 31 Ogos, 2013: Kerajaan perikatan Tunisia, semalam mengemukakan cadangan bersedia berkompromi bagi menamatkan krisis politik di negara ini, yang tercetus ekoran kematian seorang ahli politik pembangkangyang didakwa dibunuh pada bulan lepas.

Bagaimanapun, kerajaan tetap menolak desakan pembangkang supaya kerajaan segera melepaskan kuasa.

''Kami telah mengemukakan satu cadangan dengan kerajaan bersedia untuk berundur, namun ia perlu disertakan dengan satu pakej komprehensif,'' kata anggota parti perikatan Ettakatol, Mouldi Riahi selepas pertemuan dengan orang tengah dalam krisis itu.

Orang tengah cuba mencari penyelesaian antara kerajaan pimpinan pergerakan Islam dan pembangkang bagi menamatkan krisis politik di Tunisia ekoran pembunuhan seorang anggota Parlimen pembangkang, Mohamed Brahmi pada 25 Julai lalu, di mana ia didakwa dilakukan oleh pergerakan Salafi.

Stesen radio Mosaique dan Shems FM melaporkan bahawa berdasarkan sumber-sumber, cadangan itu membayangkan kerajaan akan meletakkan jawatan sebelum 29 September ini. - AFP//UTUSAN 

No comments:

Post a Comment