![]() |
*HASAN Malek (kiri) bersama sebahagian daripada wakil masjid dan surau yang menerima van jenazah dalam Majlis Penyerahan Van Jenazah dan Van Pengangkutan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Sabbaruddin Chik (tengah depan). |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, sasaran itu selaras dengan usaha Bank Rakyat sebagai sebuah entiti di bawah kawalan kementerian, yang begitu komited dalam menunaikan sebahagian zakat perniagaan yang diwajibkan ke atasnya.
Katanya, Bank Rakyat yang merupakan koperasi Islam terbesar di negara ini dengan nilai aset berjumlah RM82.70 billion, telah menyerahkan sebanyak 159 buah van jenazah dan pengangkutan kepada beberapa buah masjid sejak 2011.
"Ini termasuk 17 buah van jenazah yang lengkap dengan keranda dan sebuah van pengangkutan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.45 juta diserahkan kepada 18 wakil daripada masjid dan surau di seluruh negara hari ini.
"Kita akan teruskan usaha ini dan saya berhasrat setiap kawasan Parlimen akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah van jenazah. Pemberian ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana kita perlu mengikuti segala prosedur yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan van jenazah dan van pengangkutan di bangunan Bank Rakyat di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abdul Razak.
Hasan berkata, inisiatif Bank Rakyat sangat dihargai dan seharusnya menjadi contoh kepada badan-badan korporat dan bank lain dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
Dalam perkembangan lain, mengulas tentang pemilihan UMNO, katanya, beliau memerlukan sokongan politik daripada semua perwakilan bagi membolehkan segala usaha untuk membantu rakyat dapat dilaksanakan.
"Saya menawarkan diri untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi UMNO kerana memikirkan saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
"Dengan adanya sokongan padu daripada perwakilan membolehkan saya terus membawa dan mengetengahkan pelbagai isu berkaitan kepenggunaan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment