Bicara Wawasan bersama Dr. Mahathir di KL Rabu ini
KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Pusat Belia Antarabangsa (IYC) akan mengadakan sesi Bicara Wawasan yang akan disampaikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini, pada Rabu.
Bicara bertajuk 'Persediaan Belia Dalam Mendokong Wawasan 2020' itu diadakan sempena ulang tahun IYC yang ke-25.
IYC merupakan sebuah institusi ilmu khusus dalam pembangunan belia.
Tujuan Bicara Wawasan ini adalah untuk mendapatkan cetusan impian, harapan dan pandangan keadaan semasa dalam pembangunan belia negara, menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Ia dijangka dihadiri 600 orang peserta. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment