BN Sarawak perlu persiapan rapi
KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu melakukan persiapan rapi dalam berdepan peralihan kuasa daripada Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi memastikan negeri itu terus menjadi kubu kuat parti tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, pengganti yang dipilih mengisi kekosongan jawatan yang bakal ditinggalkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tersebut juga perlu mampu membawa Sarawak terus meniti pembangunan mapan serta berdaya tahan.
Saya yakin beliau (Abdul Taib) akan menyerah kuasa secara baik jika perkara itu terjadi pada Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi parti itu, Oktober depan.
Berdasarkan pengalamannya yang luas, saya berharap beliau dapat terus menyumbang kepada keutuhan, kesepaduan dan kerjasama antara parti-parti komponen dalam BN di negeri tersebut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas spekulasi yang bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri Sarawak itu mengumumkan pelan peralihan politiknya bulan depan seperti yang dilaporkan sebuah portal berita, Antarapos hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, BN Pusat menerima baik apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Abdul Taib berdasarkan kebijaksanaannya memimpin Sarawak selama 32 tahun. -UTUSAN
No comments:
Post a Comment