Oleh NURUL AZWA HARIS
PETALING JAYA, ISNIN, 23 September, 2013: Pencalonan mengejut Exco Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan dalam pemilihan Ketua Wanita kali ini diputuskan oleh beliau sendiri atas dasar tanggungjawab kepada parti.
Sambil menyangkal dakwaan terdapat pihak yang mendorong untuk membuat keputusan tersebut, Maznah berkata, pencalonan itu dilakukan kerana beliau yakin dengan kelayakan serta pengalaman sedia ada yang mampu memberi manfaat kepada UMNO, khususnya kepada ahli wanita.
Menurut beliau, ini kerana golongan wanita merupakan nadi kepada pengukuhan pelaksanaan agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam memperkasa orang Melayu serta agama Islam.
"Saya melihat pencalonan ini sebagai ruang kepada saya untuk menyatukan serta mengukuhkan golongan wanita dalam parti yang merupakan satu kriteria penting dalam perjuangan UMNO.
"Kita perlu berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat golongan wanita dalam parti supaya terus dihormati dalam semua peringkat," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.
Jawatan Ketua Wanita UMNO bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Raihan Suleiman Palestin dalam pemilihan kali ini.
Menurut Maznah, pencalonan beliau juga disifatkan sebagai satu pilihan alternatif untuk ahli Wanita pada pemilihan UMNO kali ini.
Beliau juga berpandangan, calon-calon wanita yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing dan mereka berpeluang untuk memenangi jawatan Ketua Wanita.
"Apa yang penting ialah komitmen serta semangat yang tinggi untuk memimpin golongan wanita dalam meningkatkan mutu prestasi warga parti serta masyarakat.
"Dalam hal melibatkan transformasi parti, ahli juga perlu berfikiran terbuka dan menerima idea baharu bagi memastikan perubahan dalam parti dapat dilakukan secara lebih positif," ujarnya. - UTUSAN
![]() |
*MAZNAH Mazlan menunjukkan isyarat bagus kepada wakil media yang hadir dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A.MAJID |

No comments:
Post a Comment