Pemilihan UMNO: 38 calon di Pahang tarik diri
KUANTAN, SELASA, 24 September, 2013: Sebanyak 38 calon daripada 11 bahagian UMNO di negeri ini menarik diri daripada bertanding pada pemilihan parti bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, kesemua mereka yang terlibat menghantar surat penarikan diri tersebut antara pukul 8 pagi dan 5 petang hari ini.
Beliau berkata, hanya tiga UMNO bahagian iaitu Pekan, Kuala Krau dan Cameron Highlands yang tiada penarikan diri oleh calon yang bertanding.
"Jadi, hanya 2,600 daripada 2,638 calon yang menghantar borang pencalonan Sabtu lalu, kekal bertanding dalam semua jawatan pada pemilihan bulan depan," katanya ketika ditemui di sini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment