My Add

Wednesday, 25 September 2013

Pemilihan UMNO: Bertanding secara baik, jangan buat kacau

 *ABDULLh Ahmad Badawi berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
KUALA LUMPUR, SELASA, 24 September, 2013: Ahli-ahli UMNO yang bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

Bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, nasihat itu wajar diambil perhatian oleh setiap calon demi kebaikan, sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan parti.

"Seharusnya niat bertanding adalah untuk kebaikan, justeru jangan pula ada yang membuat kacau.

"Saya yakin perubahan yang dibawa pada pemilihan kali ini akan memberi manfaat besar terhadap perjuangan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment