My Add

Wednesday, 25 September 2013

Pemilihan UMNO: Roselinda mahu bela golongan tercicir

KLANG, SELASA, 24 September, 2013: Calon bagi pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Klang, Roselinda Jamil berkata, keputusan beliau merebut jawatan tersebut bukan dilakukan secara suka-suka sebaliknya mahu memastikan golongan wanita yang tercicir dalam sayap parti itu mendapat pembelaan.

Roselinda,37, yang menentang penyandang jawatan itu, Datin Paduka Norhayati Onn berkata, pihaknya melihat isu keahlian anggota Wanita UMNO berusia 18 tahun ke atas dan ahli Puteri UMNO yang menjadi ahli Wanita UMNO secara automatik apabila berusia 35 tahun perlu ditangani dengan sistematik.

"Seramai 200,000 ahli Puteri UMNO di seluruh negara automatik menjadi ahli Wanita UMNO apabila mencapai umur 35 tahun dan itu tidak termasuk ahli Wanita UMNO yang menjadi ahli sayap tersebut sejak berusia 18 tahun lagi.

"Apa yang saya ingin jelaskan ialah hanya satu peratus dari 200,000 bekas ahli Puteri UMNO diterima sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO di mana-mana peringkat dan situasi ini seolah-olah menunjukkan kemampuan bekas ahli-ahli Puteri UMNO tidak diiktiraf dengan sebaik-baiknya,'' katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bekas Ketua Puteri UMNO Klang berkata, sekiranya 200,000 bekas ahli Puteri UMNO tersebut tidak diberi peranan dalam sayap Wanita UMNO, pihaknya bimbang mereka akan hilang minat untuk aktif dalam parti kerana merasakan mereka dipinggirkan daripada radar kepimpinan UMNO. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment