![]() |
| Abdul Rahman |
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, terpulang kepada DAP untuk mengadakan Kongres Khas bagi mengendali urusan mereka. Saya percaya semua anggota DAP sedar bahawa pemilihan anggota jawatankuasa memerlukan Kongres Kebangsaan dan tempoh notis sewajarnya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti," kata beliau.
Abdul Rahman berkata, ROS berusaha menegakkan keadilan untuk semua anggota parti dan bukan sahaja untuk jawatankuasanya.
Sebagai pengawal selia, kami menjalankan tugas berasaskan Akta Persatuan dan bukan menganiaya mana-mana pertubuhan," kata beliau.
Pada 30 Julai, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru CEC dengan menyatakan ia tidak puas hati dengan penjelasan masalah teknikal" yang diberikan berikutan dakwaan berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.
Pada 19 Ogos, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti dengan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment