![]() |
| Musa Sheikh Fadzir, Norraesah, Reezal Merican |
PULAU PINANG, ISNIN, 23 September, 2013: UMNO negeri akan diwakili tiga muka baharu dan lama untuk merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti bulan depan.
Mereka ialah wakil Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad, wakil Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan wakil Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO, turut bertanding kerusi Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya.
Beliau akan dicabar penyandang Ketua Bahagian tersebut, Datuk Hilmi Rashid.
Norraesah pula akan mempertahan jawatan Ahli MT manakala Musa yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment