My Add

Monday, 23 September 2013

Tiada khutbah Jumaat seru musuhi Kristian - Jamil Khir

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan teks ucapan khutbah Jumaat yang menyeru umat Islam supaya memusuhi penganut Kristian di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, teks khutbah dibuat dengan berhati-hati sebagai menghormati semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.

"Islam tidak pernah memusuhi mana-mana ajaran agama, kami memahami apa yang terkandung di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, tetapi agama lain bebas mengamalkannya," katanya menjawab soalan anggota Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, di sini, hari ini.

Koo Ham ingin mengetahui mengenai kesahihan laporan sebuah portal yang mendakwa khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jakim pada 30 Ogos telah melabel penganut Kristian sebagai musuh umat Islam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment