My Add

Monday, 23 September 2013

Parlimen rakam takziah kematian Tan Ah Eng

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Persidangan Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng yang meninggal dunia akibat barah otak pada 10 Ogos lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pemergian mendiang merupakan kehilangan besar kepada dewan itu.

Mendiang pernah menjadi Ahli Dewan Negara selama tiga tahun bermula 20 April 1997 dan kemudian Ahli Parlimen Gelang Patah selama dua penggal dari 20 Mac 2004 sehingga 3 April 2013, katanya.

"Sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau pernah menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat untuk mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-undang Kanun 

Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 bagi Parlimen Ke-11 serta menjadi anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mulai 2008 hingga 2013 bagi Parlimen Ke-12," kata Pandikar Amin sebelum sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Anggota Dewan kemudian bertafakur selama seminit. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment