My Add

Thursday 31 October 2013

Kewangan Islam: London mahu jadi hab setaraf Kuala Lumpur

 * PERDANA Menteri Britain, David Cameron menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 di London pada Selasa. - BERNAM
 * PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan David Cameron bergambar kenangan bersama sebahagian daripada 17 pemimpin dan ketua kerajaan yang menyertai Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 selepas majlis perasmian forum tersebut di London pada Selasa. - BERNAMA
LONDON, RABU, 30 Oktober, 2013: Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan hasrat untuk ibu negara ini muncul sebagai hab utama kewangan Islam ketika bandar raya ini menganjurkan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang pertama di luar negara Muslim.

"London sudah pun menjadi pusat terbesar bagi kewangan Islam di luar dunia Islam. Dan hari ini cita-cita kami adalah untuk pergi lebih jauh," katanya kepada lebih 1,800 pemimpin politik dan perniagaan pada forum kesembilan itu.

"Saya tidak hanya mahu London menjadi hab kewangan Islam di dunia Barat, Saya mahu London berdiri bersama-sama Kuala Lumpur dan Dubai sebagai satu daripada hab kewangan Islam terhebat di mana-mana di dunia," katanya, Selasa. - AFP/UTUUSAN 

No comments:

Post a Comment