My Add

Wednesday 30 October 2013

Malaysiakini boleh mohon semula permit akhbar

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, RABU, 30 Oktober, 2013: Pengendali portal Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. boleh mengemukakan semula permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan lesen bagi menerbitkan akhbar harian bercetak, Malaysiakini.

Perkara itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan arahan KDN untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada pengendali portal dalam talian itu.

Keputusan tersebut dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang bersama Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Varghese George sewaktu menolak rayuan Kerajaan.

Kuorum tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) yang membenarkan permohonan semakan kehakiman Mkini Dotcom.

Pada 1 Oktober lalu, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membatalkan keputusan KDN dan meminta Mkini Dotcom untuk memohon semula permit penerbitan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment