My Add

Wednesday 30 October 2013

Selangor jenayah tertinggi

KUALA LUMPUR 29 Oktober, 2013: Selangor menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes serta tangkapan jenayah tertinggi berbanding negeri lain dari Januari sehingga September tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 18,063 kes narkotik juga dilaporkan berlaku di negeri itu dengan 18,602 daripadanya membabitkan tangkapan terutamanya kesalahan pengedaran, SELASA,, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Bagi jenayah indeks pula, beliau memberitahu, Selangor mencatatkan sejumlah 32,348 kes sepanjang tempoh berkenaan, paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Daripada jumlah jenayah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah kekerasan membabitkan kes bunuh, rogol dan samun manakala 25,825 kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung statistik setiap kes jenayah pecah rumah, ragut, rogol, pengedaran dan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan ibu pejabat polis daerah dari 2008 hingga 2013.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, dalam tempoh tersebut, jumlah tangkapan bagi pelbagai kesalahan narkotik di seluruh negara mencecah 129,608.

Katanya, bagi jumlah kes jenayah indeks di seluruh negara pula, sebanyak 111,020 kes dicatatkan dalam Januari hingga September tahun ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment