My Add

Wednesday 30 October 2013

Pengawal terlepas tembakan di George Town ditahan

GEORGE TOWN, RABU,  30 Oktober, 2013: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini hari ini, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

"Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment