My Add

Thursday 31 October 2013

Bekas Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 6 tahun

Oleh SITI NORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR, RABU, 30 Oktober, 2013: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don dipenjara enam tahun dan denda RM300,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM60,000, lima tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wahid, 59, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh pada Ogos 2008.

Mahkamah tidak membenarkan permohonan Wahid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang berkuatkuasa hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment