My Add

Wednesday 30 October 2013

Samun transformer TNB: 2 treler dirampas, 17 ditahan

Oleh SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN

SHAH ALAM, RABU,  30 Oktober, 2013: Polis menahan 17 lelaki termasuk sembilan warga asing dipercayai terlibat dalam kes samun 15 buah transformer milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dua buah treler dari gudang sebuah firma logistik di Teluk Gong, Klang dekat di sini semalam.

Ketua  Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, seorang daripada mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada pukul 6.30 pagi, di gudang syarikat berkenaan di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong kira-kira 12 jam kemudian.

Beliau berkata, tangkapan pertama diketuai Asisten Supritendan Mohd. Ghazali Abdul Jal itu melibatkan orang dalam syarikat iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

"Susulan tangkapan itu polis menyerbu sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong pada hari yang sama dan menahan 16 lelaki dipercayai pekerja gudang tersebut.

"Ketika diserbu kesemua mereka sedang meleraikan komponen yang dicuri. Mereka yang ditahan merupakan warga tempatan dan asing berusia antara 18 hingga 57 tahun iaitu lapan lelaki tempatan, tiga lelaki warga India, warga Sri Lanka (lima) dan seorang Pakistan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment