My Add

Wednesday 30 October 2013

Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Mb dan KM Ke-119

 *MUHYIDDIN Yassin bersama (dari kiri) Adnan Yaakob, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk G. Palanivel, Mohamad Hasan dan Idris Haron dalam majlis menandatangani Perjanjian Sempadan Bersama antara Pahang dan Negeri Sembilan dan Memorandum Persefahaman Perjanjian Rangka Kerja Negeri Sembilan - Melaka di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA, SELASA, 29 Oktober, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-119 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang turut dihadiri beberapa menteri Kabinet itu bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Ini merupakan mesyuarat kali ketiga diadakan tahun ini, kali pertama dan kedua masing-masing pada Februari dan Jun lepas, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Selepas mesyuarat itu, Muhyiddin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Bersama Negeri Sembilan dan Pahang serta Memorandum Persefahaman (MoU) dan Term of Reference (ToR) (perjanjian rangka kerja) Negeri Sembilan-Melaka di bangunan yang sama.

Melaka diwakili Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Pahang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment