My Add

Wednesday 30 October 2013

Parti Gerakan diminta jangan selalu jadikan Perkasa kambing hitam

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Oktober, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Parti Gerakan agar tidak berterusan menjadikan Perkasa sebagai kambing hitam atas kekalahan calon mereka dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, kepemimpinan Gerakan tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain atas kekalahan tersebut, sebaliknya mereka perlu sedar bahawa parti itu sudah tidak relevan dalam arena politik tanah air.

Berikut adalah kenyataan penuh Ruslan:

l Kita ingin bertanya kepemimpinan Gerakan yang asyik menjadikan Perkasa sebagai kambing hitam. Kerusi Gerakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Parlimen Puchong, kesemuanya kalah dengan majoriti cukup besar. Adakah logik kawasan-kawasan Cina itu tidak mengundi Gerakan kerana Perkasa?

l Gerakan juga membuat politik ugutan apabila mengadakan perhimpunan di Kota Alam Shah untuk menolak mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang bukan daripada Gerakan dan mahu calon pilihan mereka, tetapi calon mereka Chin Su Chen (kalah dengan majoriti 8,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12).

l Gerakan sebenarnya tidak lagi relevan dalam politik tanah air dan mereka hanyalah bersandiwara sebagai komponen BN walhal semangat Cina dan perkauman sempit pemimpin Gerakan sama dengan DAP! Melayu tidak bodohlah.

l Gerakan jangan cuba untuk terus-terusan bermain silap mata dengan DAP, di luar nampak macam bergaduh dan berperang tapi hakikat sebenarnya ialah tangan berpegangan, senyum berbalas, badan berpelukan kerana punyai agenda yang sama untuk menyahkan dominasi, kekuasaan dan kepimpinan Melayu dalam landskap politik tanah air.

l Kepemimpinan Gerakan janganlah cuba untuk menegakkan benang basah dengan menuding telunjuk menyalahkan pihak lain. Kalau tak tahu menari janganlah dikatakan tanah tidak rata.

l Perkasa memberi amaran keras kepada Gerakan bahawa Perkasa akan terus menjadi benteng untuk pertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan dan Gerakan harus sedar bahawa di setiap kerusi Parlimen dan DUN ada ramai pengundi Melayu yang selama ini membantu memenangkan calon Gerakan.

Ingatlah, kesabaran orang Melayu ada batasnya. Oleh itu berhentilah daripada berterusan menjolok sarang tebuan kelak Gerakan sendiri yang akan menerima bahana. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment