My Add

Monday 25 June 2012

15 NGO desak SPRM, polis buat siasatan segera isu Anwar

SEPANG, AHAD, 24 Jun, 2012: Lebih 100 ahli Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sepang hari ini berhimpun mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis melakukan siasatan segera terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan aset bernilai RM3 bilion.

Perhimpunan yang disertai oleh 15 NGO di daerah itu menuntut agar dakwaan tersebut diselesaikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat dalam kuantiti amat besar.

Pengerusinya, Mohamed Jaman berkata, penyelewengan itu tidak sepatutnya dibiarkan berlaku kerana ia boleh dimanfaatkan untuk keperluan dan kebajikan rakyat di seluruh negara.

"Apa yang didedahkan oleh media baru-baru ini mengenai penyelewengan yang dilakukan Anwar perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya pihak SPRM dan polis," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment