My Add

Monday 25 June 2012

Kerajaan serius peningkatan pesakit diabetes

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 24 Jun, 2012: Kerajaan memandang serius peningkatan bilangan penghidap diabetes di negara ini dan langkah segera akan diambil untuk menanganinya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ekoran daripada peningkatan mendadak yang dicatatkan, beliau telah mengarahkan prosedur operasi standard (SOP) rawatan terhadap pesakit berkenaan diperketatkan.

"Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan sejak sekian lama bagi mengurangkan penghidap diabetes, namun ia terus mencatatkan peningkatan mendadak yang merisaukan.

"Lebih membimbangkan, ada pesakit yang masih tidak menyedari mereka telah menghidap kencing manis dan ini bermakna jumlah sebenar mungkin lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pembukaan Pusat Dialisis Tabung Rawatan Pesakit Buah Pinggang Seberang Perai di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment