My Add

Monday 25 June 2012

Abdul Khalid terus pertahan Setiausaha Politiknya

SHAH ALAM, AHAD, 24 Jun, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin meskipun beliau menerima desakan banyak pihak termasuk daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafiei supaya pembantunya itu digantung tugas.

Malah Abdul Khalid seolah-olah menggambarkan Faekah langsung tidak melakukan sebarang kesalahan meskipun Faekah sebelum ini mengakui ada menghantar surat sokongan supaya firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam kepada syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Abdul Khalid memberi alasan, surat sokongan itu tidak mengarahkan supaya mana-mana pemberian kontrak projek kerajaan negeri diberikan ke sesebuah syarikat yang dinyatakan tetapi sebaliknya ia hanya memohon supaya syarikat guaman tersebut diberi pertimbangan untuk dipilih sebagai penasihat undang-undang kepada PNSB. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment