My Add

Tuesday 19 June 2012

30 herba di Taman Rekreasi Sungai Midah

*AHMAD Phesal Talib (dua dari kiri) menyiram pokok herba yang baru beliau tanam pada Majlis Pelancaran Projek Taman Herba LA21 KL di Taman Rekreasi Sungai Midah di Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 18 Jun - Taman Rekreasi Sungai Midah muncul sebagai yang pertama mempunyai taman herba melibatkan penyertaan komuniti berasaskan Local Agenda (LA) 21 di negara ini.

Taman sepanjang dua kilometer bermula dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai ke Stadium Bukit Jalil itu bakal menempatkan 30 spesies herba termasuk pokok tenggek burung, misai kucing, tongkat ali, hempedu bumi, cekur, serai dan mas cotek.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, usaha tersebut adalah antara langkah menggiatkan penyertaan komuniti dalam perancangan dan pengurusan mapan kawasan persekitaran masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment